Benar, Takdir Indah Bila Tiba Waktu
Suamiku,
Hari ini isteri mu ikhlas nukil kan sedikit cerita dari kotak hati buat kamu.
Kamu Hadiah indah untukku,
Bertemu dengan kamu adalah hal yang tidak pernah aku fikirkan , tidak pernah terlintas sesekali akhirnya Tuhan kabulkan aku menjadi seorang isteri buat suami.
Saat bertukar cerita , kita bersama tersenyum memikirkan hal sama, apa mungkin kita pernah berselisih laluan , mungkin kita pernah terdengar suara tanpa memandang. Hari itu, jarak kita tidak juga berjauhan. Kerana pada tahun yang tiada jauh beza, kita berada pada negeri yang sama.
Namun pada hari itu , belum sudah takdir kita untuk dipertemukan.
Suamiku,
Kali pertama kamu beranikan diri bertemu mama abah , akal dan jasad kita berdua tidak pernah tahu ini takdir sesudahnya.
Terima kasih , sudi berpegang janji , kotakan hasrat pada wali sehingga impian mereka turut tertunai.
Terima kasih menerima kehadiran daku menjadi isteri.
Moga-moga Tuhan izin sampai syurga kamu suami , dan aku isteri disisi.
💍 - Ikatan pada 7 / Dua Belas / 24
Comments
Post a Comment