Ia Pergi Dan Ia Datang


Kuat itu seperti pergi dan datang

Ada kala kita hilang sumber kekuatan. Menangis, tenggelam bersama gelap hari malam.
Bukan sengaja kita jatuh, cuma tidak dapat lagi menipu diri sendiri berdepan dengan keadaan.

Dan jawapan dari sahabatku adalah, "Hidup ini kena teruskan. Macam mana pun, kena teruskan. Allah sedang uji, kerana tahu kita ini mampu.. " 🌹

Dalam mendengar ada air mata yang mengalir, kata-kata itu sedang meresap membangunkan jiwa ketika hilang punca kuat.

"La Haula wala quwwata illa billah"

 Terima kasih sahabat baik meski jauh dengan izin Tuhan, tetap beri masa di kala hari aku gelap.





Comments

Popular Posts