Ketika Tuhan Mengizinkan Jadi Seutuh Ini
Maha suci Tuhan keAgungan-Mu..
Seusai lapan belas tahun, ketika mereka datang bilang dan berlalu, "semoga diberi kesembuhan buat kamu", aku hanya mengangguk tanda terima kasih dan moga-moga itu adalah doa yang baik.๐น
Bukan aku tidak terlintas minta kesembuhan, bukan kerana aku sombong Wahai Tuhanku, sememangnya Engkau ajari aku untuk belajar mencintai diri ini.
Mencintai itu ,ialah mengikhlaskan seluruhnya. Bahkan , menjaga ia dengan rapi.
Terima kasih Tuhan, yang mengajar erti sabar dengan berperingkat. Allahu ya Syakur
Lapan belas tahun ini, cuma terlintas saat diperbaringan katil hospital itu, minta untuk 'berehat seketika' dari letihnya sebuah pentas pembedahan.
Oleh kerana ia terlalu padat , untuk setiap tahun mengharungi , aku cuma minta berehatkan seketika.
Setelah berehat , akan aku perjuangkan ia lagi.
Aku telah mencintai bukti kasih Allah yang ini.
Saat dicuci luka , benar ia perit Wahai Tuhanku.. Benar ia perit Wahai Tuhanku..
Tiada jeritan melainkan jeritan minta Allah untuk berehatkan seketika di titik lelah itu.
.."Dan selepas itu, akan ku bangun semula.."
Seindah ini perjuangan disini.
Sehingga tidak sanggup bosan. Cuma ingin minta berehat sejenak sebelum perjuangan seterusnya โค
Comments
Post a Comment