Cerita Tiga Yang paling paling aku suka dan makan setiap hari adalah jajan yang paling banyak bahan pengawet
Yang paling-paling aku suka dan makan setiap hari adalah jajan yang paling banyak bahan & serbuk pengawet.
Salah satu tempat bermain kami adalah , longkang di tepi jalan berdekatan warung itu. Ingat lagi,
kami turun memasuki longkang sederhana kecil itu , menggunakan bekas kosong yang kami terjumpa untuk menangkap berudu ,jika tidak kami hanya menggunakan telapak tangan 'sauk' anak berudu di dalam longkang kurang jernih itu. Baunya fuhhh..
Pernah sekali , aku dapat menangkap berudu dan letakkan di telapak tangan terus berlari anak menuju ke pada mama .
Lalu aku tunjukkan , "mama mia dapat tangkap anak ikan, tengok ni..!" kabar aku sambil gembira. Berudu itu hanya menggelitik sedikit shj menggunakan ekor ketika berada di tapak tangan aku.
Lalu suara mama memekik "ini bukan ikannnn adik! ini berudu , busuk , pergi buang balik dalam longkang sana.!" pekik mama ..
Tetapi aku anggap seruan mama sewaktu itu hanya seperti memekik di tengah padang luas. Lalu aku berlari semula ke longkang itu terus bermain.
Bissmillah ..
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Illahi masih diberi peluang membuka mata dan meneruskan kehidupan.
Berpagi dengan sebuku roti inti kacang merah alas perut bersama mama dan abah.
Hari ini hari minggu. (waktu menulis)
Setelah siap semua, aku mula langkah masuk ke bilik , Mencari buku-buku lama yang aku simpan dari tahun 2015 .
Buku-buku berkenaan tentang Wanita dan Motivasi .
Terasa pagi ini aku ingin mencari inspirasi dan kekuatan yang sedang mulai melambai-lambai mahu terbang entah kemana .
Justeru mata aku melihat tepat pada sebuah buku berwarna pink di atas meja bilik ,isinya tebal.
Bertajuk MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA - Dr aidh Abdullah Al-Qarni.
Saat aku capai , hanya senyum sebagai tanda ingat "oh ye , ini hadiah pemberian dr seseorang dahulu" bisik dalam hati aku .
Duduk di sudut katil bersandarkan papannya, aku mentelaah buku tersebut . Sejenak terberhenti pandangan mata aku pada muka surat Manikam 6 yang menceritakan tentang Ummul Ula yg sedang sakit, lalu Rasulullah memberikan beliau berita gembira.
"Bergembiralah kerana dengan penyakit ini Ummu ula,Allah akan menghapus dosa-dosa sebagaimana api menghilangkan karat pd besi." sehinggalah penerangan seterusnya tentang tawakkal mencari penawar , pada petikan buku motivasi itu.
Lalu usai beberapa jam aku khusyuk membaca , aku melihat jam dan sempat aku memegang telefon bimbit.
"humm mandilah dahulu.." ujarku .
Usai semuanya , aku duduk lalu mencapai laptop kerana rindu akan penulisanku.
Wajah serta mata aku memandang tembus dinding berwarna putih yang kosong di kamar , fikiran berlegar-legar seperti main layar perak untuk ingat satu persatu..
-----------------------------------------
Jam terus berpusing mengikut arah putaran waktu , hari berganti hari , bulan bersilih ganti.
Aku jalani kehidupan tanpa dua sosok ibu saudara merangkap sahabat karib (Mokcu dan Mokde).
"Adikk ... adik nak minum tak?" Tiba-tiba jelas terdengar suara seorang perempuan muda memecah hening pagi dirumah papan kampung yg sunyi itu.
Aku keluar dari bilik Mak , dengan memeluk bantal busuk lalu menjawab "..taknak.."
"okay , Maklong nak masak ni dekat dapur .." balas maklong lat.
Dan seperti kebiasaan aku waktu itu usai bangun dari tidur , dengan masih berpakaian tidur lengkap, akan khayal bermain di dalam bilik atau di ruangan tengah rumah , bermain dengan lidi penyapu yang dibuat oleh mak sendiri , duduk bawah mesin jahit kaki mak, bermain seorang diri. Kawasan rumah mak sekelilingnya adalah kebun , dusun durian , kebun tebu dan lain-lain. Kerana rumah papan itu berada di pendalaman hujung kampung dan cuma ada dua biji rumah sahaja disitu namun jarak yang kurang lebih 10 langkah.
Allah Maha mengetahui disebalik kehilangan mereka , Allah hadirkan seorang insan yang sangat baik hati sebagai pengganti.
Ya Maklong lat saudara perempuan mama, Anak saudara kepada Mak.
Mak dari awal paginya akan keluar menoreh getah di kampung seberang. Pakngah kerja memandu lori sudah tentu seharian tiada di rumah itu. Dan Paklong berkerja kebun memetik sawit , pulang tengah hari dan sambung kerja sehingga ke petang.
Jadi Maklong lat lah sebagai pengganti penjaga aku waktu kecil di rumah itu. Maklong lat duduk di hujung kampung seberang , setiap pagi maklong akan menunggang motorsikalnya untuk pergi ke rumah mak untuk menjaga aku. Wanita itu sangat berjiwa ibu walaupun sekitar berapa belas tahun umurnya sewaktu itu.
Pada permulaan aku berjumpa maklong Lat , aku seperti malu-malu kucing , lama-lama menjadi rapat.
Disebabkan sewaktu ada Arwah Mokcu dan Arwah Mokde aku memang tidak mahu dekat dengan mereka yang lain. Maklong lat pun tidak berani terlalu dekat dengan aku (kata mama) , asbab arwah Ayah memang taknak tengok cucu perempuannya ini terluka sedikit pun semasa adanya beliau. Cucu kesayangan bak kata mama..
Setelah ketiadaan mereka , selain Pakngah, Maklong lat lah pembela dikala sesiapa marah aku.
Sayangnya wanita muda itu pada aku , Demam aku terasa sakitlah dia. Menangis aku tersedu lah dia.
Pernah suatu hari tu , jari aku masuk selumbar sewaktu aku bermain di pintu dapur rumah mak.
Aku memberitahu mama "mama tengok ni jari mia masuk kayu kecil, sakit.." rayu sakit aku.
Dan mama mahu mengeluarkan ia menggunakan sepit kuku . Aku dengan tubuh kecil itu lari habis pusing keliling dari pintu dapur ke pintu hadapan!
Mengelilingi satu rumah sambil menangis berteriakan bagai bunyi orang dikoyak harimau!
Mama berjaya tangkap dan duduk kan aku di kerusi diluar rumah itu. Mak long lat menangis sama , berdiri di sebelahan aku .
"Kak icha , dahlah kak icha .. tak payah lah, kasihan mia.." Sahut Maklong lat yang sama mengusap air matanya bagai cendawan kememeh .
Dan setelah berjaya dicabut selumbar itu , aku dilepaskan lalu diam ..
Perlahan-lahan bermain semula seperti tiada apa apa berlaku.
Dan Maklong lat masih sembabbawah matanya kerana turut menangis tadi. Dia benar-benar pembela anak sekecil itu.
"haa kan dah tak sakit bila dah keluarkan selumbarnya , kalau tak nanti bernanah.." ujar mama sambil di sebelah maklong lat.
----------------------------------------
Adakala diwaktu petang aku akan ikut mama ke warung, mama berniaga makan malam.
Jika tengah hari jarang untuk aku dapat ikut sama sewaktu mama menolong makcik berniaga, kerana cuaca yang panas. Jadi kebiasaan dari pagi sehingga petang memang aku dihantar ke rumah mak.
Segar lagi ingatan , bagaimana keadaan mama membawa peralatan untuk berniaga,
dengan hanya menggunakan motor berwarna biru itu. Mama akan membawa sedikit demi sedikit termasuk tong gas meletak kan di belakang motornya.
Adakalanya terselit tubuh kecil aku dihujung tempat duduk motor itu dan dihadapan aku dan mama adalah peralatan memasak.
Jika papa pulang awal petang itu dari kerjanya, papa akan turut sama dan menemani sehingga malam hari.
Kawasan warung itu , jalan tar itu , longkang , kawasan kedai dan warung yg berdekatan itulah tempat permainan aku dan saudara-saudara dari sebelah papa bermain sama.
Itulah tempat kami merajuk, disitulah tempat kami bergembira dan disitulah tempat kami berlari jatuh. Dan Umur kami tidaklah jauh mana , perbezaan antara setahun dua shj.
Salah satu tempat bermain kami adalah , longkang di tepi jalan berdekatan warung itu. Ingat lagi,
kami turun memasuki longkang sederhana kecil itu , menggunakan bekas kosong yang kami terjumpa untuk menangkap berudu ,jika tidak kami hanya menggunakan telapak tangan 'sauk' anak berudu di dalam longkang kurang jernih itu. Baunya fuhhh..
Pernah sekali , aku dapat menangkap berudu dan letakkan di telapak tangan terus berlari anak menuju ke pada mama .
Lalu aku tunjukkan , "mama mia dapat tangkap anak ikan, tengok ni..!" kabar aku sambil gembira. Berudu itu hanya menggelitik sedikit shj menggunakan ekor ketika berada di tapak tangan aku.
Lalu suara mama memekik "ini bukan ikannnn adik! ini berudu , busuk , pergi buang balik dalam longkang sana.!" pekik mama ..
Tetapi aku anggap seruan mama sewaktu itu hanya seperti memekik di tengah padang luas. Lalu aku berlari semula ke longkang itu terus bermain.
----------------------------------------
Seumur aku lima tahun itu, apa yang difikirkan lagi oleh kanak-kanak selain makanan dan bermain?
Lagi lah pula ,mama berniaga di kawasan berdekatan kedai runcit yang dipenuhi jualan jajan. Lorong untuk pergi ke kedai runcit itu pula sangatlah tidak terlalu jauh. Aku yang kadang-kadangnya sering hilang , kemana lagi bersama saudara-saudara yang lain jika bukan ke kedai runcit itu ?
*Kenakalan anak seumur lima itu..*
Cara untuk aku dapat membeli jajan , aiskrim dan mainan kotak adalah dengan mengambil duit di tabung syiling mama di warung itu dan mama sedikit pun tak pernah marah. Setiap hari aku akan ambil 20 sen , 30 sen , 50 sen dan aku berlari terus ke kedai dan adakalanya membelikan sekali untuk saudara yang lain.
Ya, Mama tidak marah , tetapi mama sekadar pesan "jangan Ambil RM1 atau lebih dari itu ye adik.." 😂
Ya, Mama tidak marah , tetapi mama sekadar pesan "jangan Ambil RM1 atau lebih dari itu ye adik.." 😂
Hampir setiap hari , jajan shj yang aku makan. Dan jajan yang paling-paling aku suka dan makan setiap hari adalah jajan yang paling banyak bahan serta serbuk pengawet.
Kerana itulah yang paling rasa nya umphh! Haish sejujurnya, Sampai hari ini , aku masih suka makan jajan .
Dan Jika aku ikut ke warung , mama akan sediakan makan yang 'agak mewah' pada aku sewaktu umur itu . Disebabkan mama berniaga, 'peha ayam goreng' adalah kegilaan aku.
Nikmat syukur teramat ye walau hanya dapat makan peha ayam goreng waktu itu! Hari-hari bahagian peha ayam shj mama akan ketepikan untuk anak perempuan seorangnya ini.
-------------------------------------------
Dari apa yang mama berceritakan:
Suatu hari , Anak kecil yang selalu berlari-lari tanpa tahu penat ini tiba-tiba menjadi kurang aktif . Muka aku berubah menjadi sembab seakan bengkak dan bulat penuh.
Mata yang sepet bagai cina berubah menjadi sembab dan membengkak dibahagian bawah kelopak bawah mata .
Mama terperanjat perubahan aku yang tiba-tiba pada hari itu . Dan esok paginya bergegas mama membawa aku ke klinik swasta untuk berjumpa doktor.
Lalu doktor terus menasihati dan menyediakan borang untuk minta mama terus membawa aku ke hospital kerajaan .
Disitulah , aku telah ditahan dan dimasukkan ke dalam wad selama seminggu ..
Insyaallah mira akan kongsikan next cerita bagaimana keadaan seterusnya! :)
Comments
Post a Comment