Cerita Dua Kanak kanak Yang Ceria Mulai Tumbuh Diam


                                  


Perjalanan Seorang Kanak-kanak Yang Ceria Mulai Tumbuh Diam

Bissmillah..
..ini adalah sambungan dari cerita satu..

Aku lihat , aku lihat pelastik hitam menutupi dua jasad, satu diatas dan satunya lagi dibawah....Aku berdiri tegak setempat dan membisu , aku takut melihat semua orang bersedih dan ramai orang yang yang aku kenal menangis dan cuba atur jalan lintas disitu .

"Apa dalam pelastik hitam itu ? kenapa mereka menangis ?.." suara hati budak kecil seumur empat tahun(aku).
(Detik pilu itu buat aku terpinga-pinga)

Apa aku kehilangan lagi untuk tahun yang sama ini?

-----------------------------------------

Tuhan , aku benar-benar sayang mereka berdua . Aku merasa cukup waktu itu kerana ada dua wanita yang setia bersama aku,yang tak pernah jauh sehari-hari bersama aku .
Yang benar-benar menyayangi dan menjaga anak kecil ini. 

Aku bagaikan patung cendana Terpaku membisu, yang aku cuma dapat melihat hanya pelastik hitam.
Saat mama buka jasad yang benar dihadapannya . Mama hanya membuka dari bahagian kaki ..
Mama bagaikan separa gila meraung , merintih .
Tubuh keras Mama lembik terduduk layu ..

Tiba-tiba suara jeritan mama memecah keheningan " Ya Allah , adikkkk akuuuuu..!!!!" mama menangis lalu tubuhnya layu disitu.

Sedetik itu , Paklong sampai dari perkerjaan memetik sawitnya ,tanpa melihat dua tubuh yang terbujur itu, paklong menongkat motornya.
Paklong terus berkepak lari tanpa menoleh kiri dan kanan kerana kesedihan tidak terucap.

"Adik akuuuuu ! Adikkk akuuuuu!!.." suara lelaki itu memecah.

Dia pergi pada jasad telah terbujur kaku itu.
Dia kehulu kehilir pada jasad itu. Terasa sakitnya kehilangan orang tersayang itu.
Sambil memegang dan menggosok-gosok kepalanya . (aku melihat bagaimana wajah kesedihan lelaki tegas itu)

Yang aku pasti tiada kematian yang terduga , kerana keduanya adik kesayangan.

Belum lagi reda dengan keadaan Mama dan Paklong. Aku mendengar raungan seperti suara seorang wanita berusia yang aku kenal dari pondok sana. Ye , itu Mak. Mak dibawa oleh Pakngah yang masih dalam keadaan demam.
Raungan itu , Raungan yang sangat pilu dari seorang Emak yang kehilangan sekaligus dua puteri tercinta dan baru kehilangan suami 8 bulan lalu.
Seorang Emak juga yang menunggu anak-anaknya pulang ke rumah..

Mak menjerit  "Anak akuuuu!!..Anak akuuuu...!" Berulang-ulang kali. 

Aku melihat dari tepi jalan itu , Orang kampung sedang berusaha memujuk dan menenangkan mak.

Pakngah menghampiri mama dengan tubuh lamah gemalai. Tangisan yang tiada bunyi.
Hanya suara layu "kak...ni uda..ni adik... kenapaaa??..."

Tak semena-mena pakngah seperti hilang arah menarik-narik jasad jenazah itu namun dihalangi mama dan beberapa rakan-rakannya disitu.
Dalam keadaan mama tidak berdaya , mama berusaha memujuk adik-adik lelakinya.

Masih disitu, Polis tiba untuk menjaga lalu lintas. Polis memujuk untuk semua duduk di pondok tempat mak berada kerana cuaca disitu sangat panas sekitar Jam 3:30 petang (waktu kebiasaan mokcu pulang dari sekolah agama) .

Orang kampung memimpin mama , bawa mama ke pondok menunggu bas itu.
Aku melihat , Mama tak mampu menapak dan berjalan ..
Dan kedua adik lelakinya setia di dua jasad itu.
Aku masih berdiri di satu tempat itu , sungguh tiada setitik pun air mata aku mengalir.

Aku hanya memusing badan dan kepala melihat semuanya. kaki aku tidak bergerak sedikit pun dari tapak yang aku pijak itu.
Aku mulai perlahan-lahan rasa takut, kereta di sebelah jalan sana mulai perlahan-lahan melalui ruang itu.
Mama dan Mak telah di dalam pondok , dan aku masih disitu . (terpinga-pinga)

Aku mulai menangis menggigit jari , dan samar samar pandangan aku , ada seorang lelaki muda mendukung aku dan bawa aku pergi dari situ.

"Anak siapa ni ? eh anak kak icha ni.." dia mendukung anak kecil ini dan membawa ke pondok menunggu itu.

Sesampai di pondok itu, aku diturunkan dari dukungannya , aku pergi kedepan mama , mama duduk di bangku simen itu .
Mama mulai buka mata dan berkata suara sayu " adikk akuuuu.." dan mama pengsan lembik di bahu seseorang .
Mama sedar dan buka mata lagi , mama berkata lagi "adikk akuuu tuuu" dan mama lembik layu pengsan lagi.
Aku duduk disebelah mama yang kadang sedar , kadang lembik badan dan kepalanya.
Aku masih tidak tahu jasad terbaring di jalan itu itu adalah jasad mokcu dan mokde aku ..

Tuhan...... (air mata mulai mahu jatuh waktu menulis ini)

----------------------------------------

Mereka telah dilanggar oleh dua biji kereta . Dan telah dilanggar lari pada hari tersebut.
Dua biji kereta yang sedang berlumba.

Dari penceritaan orang kampung , Mokde sempat berdiri setelah dilanggar , dan mokcu terbaring.
Namun ajal tiada lambat sesaat pun , kereta belakang merempuh tubuhnya dan kedua dua nya diseret kereta beberapa meter dari tempat asal mereka dilanggar.

Mokcu para dibahagian perut dan mokde parah dibahagian peha dan organ dalaman.

Jasad yang pertama mama buka, adalah dari bahagian kaki ..
Apabila mama buka jasad itu , mama terkejut melihat bekas luka, mama tahu itu adik perempuannya yang nombor tiga.
Mama tahu Mokde pernah luka dikuku kakinya dihempap pinggan kaca sehingga meninggalkan kesan.

Mama terfikir keadaan Pakngah sejujurnya semasa itu kerana pakngah yg menjemput mokcu pulang dari sekolah, namun dibalik pelastik hitam itu adalah tubuh mokde yang telah terbujur kaku.
Dan jasad diatas kepala mokde adalah jasad Mokcu , adik bongsu nya yang masih berpakaian sekolah.

Tetapi syukur dari luaran mereka tiada yang mengerikan. Seperti cerita mama , kedua wajah mereka berseri dan senyum. 
Keduanya Dijemput Illahi dalam keadaan masih muda..

Ada seorang lagi kanak seumur 9 tahun itu sempat dikejarkan ke Hospital (sepupunya) .
Dikhabarkan meninggal dunia di dalam ambulance tersebut.

Pada tahun 1999 itu pernah cerita mereka dimasukkan kedalam keratan akhbar.

-----------------------------------------

Dipagi esoknya , yang aku ingat tubuh kecil aku berdiri dihadapan pintu rumah . Aku nampak mak berbaju kurung dan ada van jenazah dari hospital di depan pintu rumah kampung itu.
Itu adalah hari untuk pengubumian arwah.

"mak nak pergi mana ? mia nak ikut.." ujar aku . (ye, aku bahasakan diri aku mia dr sekecil itu)

"hantar pergi kubur. tak payahlah adik duduk rumah dengan mama.." jawab mama dan mak mengiyakan.

Aku masih tidak tahu mana mokcu dan mokde. Dan aku selalu tanya dimana mokde dan mokcu . Sedangkan jenazah mereka sudah mahu dikebumikan ..

Dan begitulah sehari-hari aku berada di rumah mak .. Kebiasaannya , Mokcu dan Mokde akan bersama bermain , bergurau dengan aku jika aku di dalam rumah papan itu. Dan setelah ketiadaan mereka , aku bermain sendiri . 

Aku masih ingat aku bermain dengan dinding papan , lari lari di pokok , bermain lidi sendiri.
Yang setiap hari aku tahu dan nampak bersama adalah , paklong balik dari kerja , pakngah dengan jajannya dan mak yang berkebun dan memasak . 

Dan perlahan-lahan aku membesar, dengan aku tahu mereka tiada dan tidak pernah kembali. Kerana setiap hari wajah mereka tiada lagi bersama aku. Yang ada cuma adalah foto dan baju gaun , dan kasut merah itu.
Ye, aku selalu bermain dan bercakap dalam hati menatap foto dan kasut itu. Dan disitulah aku belajar makna mereka meninggal dunia. Jasad yang dilanggar itu adalah mokcu dan mokde .

Keadaan pakngah tidak aku ingat , Namun dari keluarga cerita Pakngah pernah salahkan diri sendiri. Kerana pada dia , seharusnya dia yang mengambil mokcu hari kejadian.
Dia mengambil masa untuk menerima keadaan itu.

--------------------------------------

Arwah mokde yang sifat asalnya adalah sayang sangat pada mama , tapi hari sebelumnya itu tidak mahu melihat wajah mama. Dan menjauh diri. Dan esok harinya , mokde pergi.
Dan persoalan mokcu bermain seperti tiada hari esok . Ye , tiada hari esok untuk aku bersama mokcu didunia .

Aku mulai tumbuh diam , kerana aku belajar perlahan-lahan makna rindu yang tidak terluah.
Dalam Tahun yg sama , kehilangan 3 orang paling dekat dengan aku dan mereka benar benar melindungi anak kecil ini masa itu.

Mereka dikebumikan bersebelah Kubur arwah Ayah.

Al-fatihah disedekahkan buat arwah ayah (Daud bin karim) , Mokde (Azalinda binti daud) dan Mokcu (Nor Azura binti daud) .
Moga syurga buat mereka .

Insyaallah Jumpa next chapter penceritaan sebagai pesakit buah pinggang :)

Comments

Popular Posts