Cerita Satu Kanak kanak Yang Ceria Mulai Tumbuh Diam






Perjalanan Seorang Kanak-kanak Yang Ceria Mulai Tumbuh Diam

Bissmillah 
Alhamdulillah bertemu kita untuk aku memulakan perkongsian cerita pertama.

Cucu pertama , anak sulung itu orang kata dia akan dapat dipenuhi semua kehendaknya .
Dan seumur itu aku tiada adik beradik dan mereka tiada cucu lain selain aku.
Aku mungkin tidak dapat ingat semuanya, akan tetapi dari apa yang mama (ibu kandungku) cerita satu persatu waktu kecil itu , aku betul betul disayangi , dipenuhi seluruhnya .

yang buat aku rasa whattt? ambui perangaiii kamu ni wahai 'syamiera' , nasib baik aku . kalau anak orang lain haipp . haha (gelak lucu). 😄
Yang masih segar , mama bercerita , aku pernah berebut sesuatu barang dengan Mokcu (maksu) ,dan ayah (atok lelaki) akan minta mokcu berikan sepenuhnya pada aku . whattt hmm?? 

Mokcu ada sepasang gaun , dan sepasang kasut bertutup warna merah terang yang memang sangat cantik , masih ingat lagi aku rekaan kasut tu . cantik sangat dipandang . Gaun itu sangat cantik buat si pemakainya . keduanya berwarna merah serlah .

Dan aku paling suka berebut kasut Merah itu dari Mokcu . Seperti apa yang Mokcu punyai itu 'adalah aku punya' hmm bak kata orang , sharing is caring right? No!

Yang sebetulnya tidak , sharing is caring ye ? Mokcu nak pinjam barang aku kena ada mama campur tangan dahulu atau curi-curi beri pinjam baru Mokcu dapat.

Dari (mama cerita) "ada satu hari tu kau ada game bina bata , tak bagi ucu main langsung. Ucu punya nk pinjam sanggup pagi-pagi datang naik basikal dan mama suruh bawak balik sebab takut kalau kau bangun dari tidur nanti akan ganggu ucu main maianan tu.." kata mama.
Dan Mokcu datang naik basikal sendirian yang jarak rumah kami hampir 1km juga.
Nak 'whattttt' lagi boleh ? MashaAllah , annoyed dengan perangai kamu masa kecil syamieraa. 😑

Bagai Minyak yang ditatang penuh. Bagai dunia ni tiada apa apa masalah bersama mereka waktu kecil.
Dari seumur budak dijaga pakngah dan Mak (atok perempuan). Mama , papa berkerja .
Mama kerja di warung menjual makanan di petang hari menolong makcik dan Malam hari mama menjual makan malam. Kadang malam aku ikut ke warung. Dan papa kerja sebagai buruh di kampung. 

Masa tu kami hidup sekampung , tak jauh pun rumah kami .
Jadi rindu pulak bila ingat semula .. manis keadaannya . (tengok dinding sambil senyum ingat kisah lama)

Petang hari , mama habis kerja mama akan ambil aku dari Rumah mak. Dan setiap kali berjalan sampai rumah tu atau berjalan nak keluar rumah kejar mama, mokde (mak uda) akan kedengaran suaranya berkata "eh donald..donald". (memanggil aku)
Yaa, Mokde suka panggil aku donald , sbb pakai pampers jalan humm jalan macam budak haha.
Macam dalam cerita kartun donald duck tu.

Dari sudut mama cerita , mak cerita . Hidup kami bukan dari kalangan senang . Ada masa aku minum susu , dan ada masa mereka terpaksa berbohong dan bagi gantian aku minum air sirap.
Alhamdulillah , kasih sayang mereka cukup untuk aku .

Dan aku masih ingat , moyang (maktok) , yang aku ingat saat saat pemergian arwah maktok.
Suasana itu yang masih aku ingat . Alfatihah buat arwah maktok..

Haa , Aku alhamdulillah dari kecil banyak sangat bercakap . 😄
Rasa masa tu macam compelete mereka ada.
Dan yaa kuat merajuk . Mokcu lah yang selalu mengalah dalam semua hal.
Ohye Umur aku dengan mokcu tak jauh beza .

Seingat aku perjalanan pertama ini adalah Aku berumur 4 tahun, mokcu dalam seumur 9 tahun Dan mokde berumur 16 tahun.
Itulah kawan gaduh, itulah kawan pujuk. itulah kawan bergambar , dulu ada camera pakai kodax kan ?Semua berlaku seumur itu aku hanya mokcu,mokde, mokcu,mokde.

----- (Tarik Nafas panjang).. terlalu aku sayang mereka..
Di bawah ini cerita pertama aku , bagaimanan seorang kanak-kanak yang ceria itu Mulai tumbuh diam.

Ayah memang betul betul melindungi , Tak boleh tengok aku sakit walaupun jatuh berlari.
Dan mama selalu cakap sebab tu aku terlalu lembut / lembik . Ayah memang sangat melindungi.
Ayah selalu bawak jalan dengan motor usangnya ..
Aku mulai ingat bahagian ini.

Tahun 1999 itu, ayah berbaring di kerusi malas (waktu ayah sakit dalam perut sebab cancer).
Yang jelas dalam mata dan ingatan ni . Ayah menghembuskan nafas terakhir di kerusi itu dan disebelahnya ada mama. 

Terdengar jelas kalimah "Lailaha ilallah" dari suara mama berbisik..

Aku, duduk menyorok di tepi tiang rumah kampung itu , aku ingat lagi keadaan itu kurang aku faham , mereka memanggil aku datang pada ayah , dan aku menggeleng kepala.
Aku nampak mereka bersedih dan seperti aku tahu aku akan kehilangan sesuatu. aku tak akan dapat melihat ianya lagi.
Dan aku hanya duduk di tiang itu , berdiam dan melihat. aku menyendiri saat itu.

Aku duduk sendirian bersandarkan tiang separa badan dan mata aku memerhati mereka yang bersedih..
Sudah tentu ada sedikit air mata mengalir dari pipi aku yang aku sembunyikan dibalik tiang itu. kerana yang aku lihat lagi itu ayah , ayah yang tak lagi seperti selalu.

Hari itu, Mokcu dan mokde sesampai di depan pintu rumah, berpakaian sekolah. Sampai didepan pintu papan itu, mereka meletak kan beg , dan berlari mendapatkan'ayah'..
Aku masih diam dan melihat dan tidak aku jauh sedikit pun dari sandar pada tiang itu ..
Dan itulah rupanya hari pemergian arwah ayah(atok).
Al-fatihah untuk lelaki pelindung yang paling aku sayang..

Hari demi hari berlalu ..

8 bulan berlalu setelah pemergian Arwah Ayah.. Masih pada tahun yang sama (Tahun 1999).

Mokcu , Mokde , Mak selalu datang rumah . waktu malam berbual .
Part of Mokcu ada kat rumah , yang ni ingat ingat samar tapi mama selalu cerita .
Pakngah hantar mokcu dekat rumah mama , siang itu Mokcu seronok bermain lari lari dengan aku.

Sudah tentu aku dengan sifat riang dan gembira , mokcu ni dah macam 'kakak dan kawan' untuk aku..
Tak boleh bayang kehidupan satu hari tanpa mokcu dan mokde.
Mokcu lari dan akan berhenti ditempat duduk mama , dan cium pipi.
Mokcu ulangi sampai berkali-kali.

Sampai mama berkata "dahlah ucu , basah pipi akak ni".

"kita sayang akak icha" ujar Mokcu dan lari lagi kanak kanak seumur 9 tahun itu.

 Hari itu, Mama beli satay kering , mokcu tak suka makan satay tu. dan siang itu Mokcu makan banyak sangat satay tu sambil bermain dengan aku . katanya satay kering tu sedapp ?? hmm mokcu mula suka satay kering sampai minta dibeli lagi nanti . sedap sangat lah tu huhuhu.

Petang itu , Mokde sampai untuk ambil mokcu pulang . Mokde orangnya cukup periang .Mokde suka menyakat si 'donald kecil dia ni'. Tapi petang itu , Mokde pendiam dan mokde berpaling dari mama . Mungkin Mokde penat .. yelah , Mokcu taknak balik masa tu . seronok betul ye bermain kami.
Macam lah nanti hari esok tak ada.. ?

Esok harinya pun tiba, hari itu pakngah demam . mokcu sekolah seperti biasa . dan aku dirumah , hari itu mama tak berkerja .

Dan hari itu ,  Hari persekolahan Mokde berbaju pengawasnya ke muar , untuk ambil penyampaian hadiah dari Penulis terkenal Usman Awang. Hmm tengok dari gambar penyampaian hadiah itu cantik betul Mokde hari itu walau berbaju pengawas biru nya . Putih orangnya . Ya , mokde berkulit putih bersih dan manis.

Petang itu , waktu Mokcu habis waktu sekolah , Pakngah tidak dapat menjemput mokcu , kebiasaannya pakngah ambil. Hari itu , pakngah tidak sihat. Demam , dan tidak boleh bawa motor .
Sekolah mokcu dan rumah mak memang jauh sedikit , perlu keluar dari kampung kami dan melintasi dari simpang luas itu. Mokde yang keluar ambil mokcu dari sekolah ganti pakngah.
Dari kisah yang diceritakan. semasa Mokde di motor nak keluar tu , Mokde mesej kawan lelaki sekolahnya, supaya jangan mencarinya lagi selepas itu. Lalu, mokde keluar.

Petang itu, aku berbaring di bilik bersama mama . kami hampir tertidur petang ..

Dan.. (aku berpejam mata untuk ingat detik hitam itu) ..

..sambungan .. Aku dengar suara lelaki sangat kuat memanggil di tepi  dinding papan luar bilik , rumah kampung aku papan dan 2 tingkat.

sangat kuat suara lelaki yang panggil itu .. "Assalamualaikum kakkkk ! kakkkk ! kak cahhhh!.." dan mama terperanjat diam membetulkan kain batiknya dan terus duduk jengah keluar tingkap.

aku diam dan masih berbaring usai tersedar. lalu aku duduk tepi tingkap itu . 

"adik kak cahh accident depan simpang tuu!" 

aku tidak tahu apa terjadi , aku ingat jelas keadaan itu.

Lalu mama tarik aku , tanpa mama sedar berkain batik itu , mama terus bawak aku naik motor dan terus kehadapan simpang kampung kami..

Tuhan, ramai nya orang kampung di situ ..

Sebelum menaiki motor , mokcu melambai gembira kepada rakan rakan sekolahnya, dan hari itu mokde jemput sekali sedara sekampung sebaya mokcu juga.

..Sambungan ..Di simpang kampung itu ,ada sebuah pondok menunggu bas berhampiran , mama dukung aku turun dari motor dan terus berlari tuju ke simpang itu, ada seorang perempuan ,kak ina (kawan baik Mokde) sambut aku dari dukungan mama dan diletakkan aku ditepi jalan simpang itu .

Aku lihat , aku lihat pelastik hitam menutupi dua jasad, satu jasad itu diatas dan satunya lagi dibawah....

Aku berdiri tegak setempat dan hanya membisu , aku takut melihat keadaan semua orang bersedih dan ramai orang yang yang aku kenal menangis dan cuba atur jalan lintas disitu .

"Apa dalam pelastik hitam itu ? kenapa mereka menangis ?.." suara hati budak kecil seumur empat tahun(aku).

(Detik pilu itu buat aku terpinga-pinga tambahan aku ditinggalkan bersendirian di tepi jalan itu dengan melihat ramai orang berpusu-pusu)..
Apa aku kehilangan lagi untuk tahun yang sama ini?

-----------------------------------------

Insyaallah akan disambung seterusnya next chapter untuk 'tumbuh diam' ini,
Siapa dibalik pelastik hitam itu serta keadaan paklong , pakngah , mak , dan siapa ambil aku bawa jauh dari tepi jalan itu.

Jumpa lagi next !

Comments

Popular Posts